Susah Nak Dapat Pinjaman Pelajaran? Cuba Yayasan Bank Rakyat ..

logo-Yayasan-Bank-Rakyat

Di bawah ini adalah sedikit info yang saya petik dari Laman web YBR

PPBU ditawarkan bagi peringkat pengajian peringkat PHD, Sarjana, Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama. Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institusi Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negara secara sepenuh masa. PPBU ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS.

Antara syarat kelayakan untuk memohon YBR:

  1. Peringkat PHD, pemohon perlu berkelulusan : Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas
  2. Peringkat Sarjana, pemohon perlu berkelulusan : – Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas
  3. Peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu berkelulusan : – Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU – STPM dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU – STAM yang setara dengan STPM ATAU – Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0
  4. Peringkat Diploma, pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 3B(tiada gred C dan ke atas)
  5. Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran : – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2 ATAU – Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti :
1. Perakaunan
2. Perbankan
3. P engurusan Perniagaan
4. Sumber Manusia
5. Ekonomi
6. Komunikasi Media
7. Undang-undang
8. Sains Aktuari
9. PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan Anda boleh buka Link ini untuk mengetahui lebih lanjut.

PBU (YBR) vs PTPTNP
Perbandingan antara Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat (PPBU) dan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

CoZ7uiaUIAADTcd

Jika diteliti dari segi bayaran balik pinjaman yang diambil, PPBU ni jauh lebih baik berbanding PTPTN kerana ianya memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman jika pelajar memperolehi pencapaian cemerlang CGPA pelajar apabila bergraduat

bbbb

bbbbbb

Berbanding PTPTN
3.75 ke atas (ijazah kelas pertama) – tidak perlu bayar balik
(untuk ijazah sarjana muda sahaja)

Cuma mungkin yang menjadikan PPBU-YBR agak kurang popular adalah mungkin kerana pelajar sendiri yang tak sanggup mengambil cabaran untuk memperolehi pencapaian cemerlang untuk layak mendapat pengurangan atau pengecualian bayaran balik pinjaman.

Untuk mendapat lenbih lanjut mengenai Yayasan Bank Rakyat, boleh klik link dibawah

YBR - Rahsia Lulus MUET

 

CARA MEMOHON:

  1. Pemohonan dalam talian (online)di laman web YBR Sila semak dari masa ke semasa tarikh pemohonan di buka. selalunya, permohonan akan dibuka pada bulan julai- september.
  2. Sebelum membuat permohonan, pastikan pemohon sudah memperoleh surat tawaran masuk ke IPTA/IPTS terlebih dahulu dan juga mempunyai akaun Bank rakyat (minimum RM100 in the account)
  3. Mendaftar akaun Portal di laman web rasmi YBR .. klik di sini  sebelum mengisi E-Borang
  4. Mencetak dokumen (E-borang) sbg simpanan peribadi
  5. Selepas pemohonan ditutup, akan ada Kuiz (pengetahuan Am) bagi pemohon yang telah disenarai pendek dan layak.
  6. Pemohon yang berjaya akan diumumkan di laman web YBR dan surat tawaran akan diberikan melalui Pos.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET, dapatkan ebook Rahsia Lulus MUET dibawah;

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

share-the-knowledge

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

2 Comments

  • Macam bagus sangat. Adik I dah hantar pemohonan utk PTPTN, mungkin blh panggil dia cuba mohon Yayasan Bank Rakyat itu jugak.

Leave A Response

* Denotes Required Field