Soalan-Soalan Lazim KAD Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit)

kad-diskaun-siswa-rahsia-lulus-muet3

Mulai 16 Februari lalu, semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) wajib memohon secara online untuk mendapatkan KADS1M bagi menggantikan baucar buku 1Malaysia.

Kad debit pelajar ini  berjumlah RM250 hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih.

 

Antara Soalan-Soalan Lazim KAD Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit)

1. Apakah tujuan KADS1M diwujudkan?

  • KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
  • Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
  • Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

2. Siapakah yang layak mendapat KADS1M?

  • Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.
  • Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

3. Berapakah berapakah bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan KADS1M?

  • KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia
  • Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian / kad yang hilang.

4. Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KADS1M dan berapakah bayaran yang dikenakan?

  • Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.
  • Kementerian / Agensi / IPT berkaitan perlu mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KADS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa dan Tahun Tamat Pengajian).
  • KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.


5. Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan KADS1M?

  • Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
  • KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran.Tempoh sah (validity) KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.

6. Apakah syarikat yang menawarkan diskaun, berapakah kadar diskaun dan syarat-syarat yang dikenakan?

  • Maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun boleh disemak di www.1pengguna.com/kads1m

7. Apakah faedah yang diperolehi oleh syarikat yang menyertai KADS1M dan bagaimanakah syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?

  • Penyertaan syarikat adalah di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat masing-masing.
  • Kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan syarikat dalam inisiatif KADS1M
  • Syarikat yang menyertai KADS1M akan dilibatkan dalam program / acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh KDPNKK dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

8. Bagaimanakah syarikat-syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?

  • Syarikat yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya

Kredit: kadsiswa.1pengguna.com

 

Semoga perkongsian dari rakan anda ini bermanfaat buat anda semua.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET, dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET di www.rahsialulusmuet.com ;

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

Leave A Response

* Denotes Required Field