Siri III – Senarai Keseluruhan Program Pengajian Berserta Syarat Kelayakan Mengikut Program yang Ditawarkan Oleh UTeM

UTEM

Perkongsian keseluruhan program yang ditawarkan oleh universiti awam menerusi portal UPU kelak diteruskan dengan siri ke III iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Seperti biasa kami ingatkan semula, perkongsian ini melibatkan semua kategori permohonan iaitu bermula dengan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf dan STAM. Sebagai makluman, permohonan untuk ke Politeknik Premier tidak ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM ianya hanya ditawarkan kepada pemohon  lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf dan STAM sahaja.  Bagi anda yang terlepas perkongsian sebelum ini, klik Siri I (UPSI), Siri II (UiTM).

 

UTeM

 

Sebagai pengenalan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-14 dan ditubuhkan pada 1 Disember 2000 selain merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di tiga (3) buah kampus iaitu Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, Kampus Teknologi di Ayer Keroh dan Kampus Bandar yang terletak di Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah. UTeM mempunyai tujuh (7) buah Fakulti dan satu (1) Institut yang menawarkan program pengajian di dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan sama ada di peringkat Prasiswazah (program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) dan Pascasiswazah (program Sarjana dan Kedoktoran).

 

UNIVERSITI BERFOKUS

UTeM ialah Universiti Berfokus dengan penumpuan kepada bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang merupakan aktiviti teras Universiti bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sejajar dengan wawasan dan aspirasi negara. Kualiti pendidikan yang ditawarkan sentiasa dikawalselia bagi menepati standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan badan profesional serta setanding dengan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.

 

dsc00340

 

Penyediaan dan pengukuhan kurikulum pengajian dilaksanakan secara berterusan dengan penglibatan sektor industri dan stakeholder lain. Kerjasama strategik ini menghasilkan kurikulum yang sentiasa relevan, dinamik dan memenuhi tiga (3) objektif utama iaitu bahagian teori yang menepati perkembangan saintifik dan teknologi, bahagian pengajaran yang berkait rapat dengan keperluan dan permasalahan dalam industri dan kelebaran serta kedalaman pengajian bagi membolehkan graduan mengadaptasi dengan cepat di dalam bidang- bidang baru.

 

Selain itu, pelaksanaan kaedah P&P berteraskan Outcome Based Education dan menjurus kepada Problem Centered & Action Learning dan Experiential Learning serta diperkukuhkan dengan tenaga pengajar yang berkelayakan akan memastikan UTeM terus berdaya saing dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.

 

FW498128_MK08_141116_UTEM_KONVO

 

Bagi merealisasikan usaha ini, UTeM telah menyediakan P&P yang terbaik dan terkini. Pengajaran yang berkonsepkan Teaching Factory yang dilengkapkan dengan peralatan dan mesin- mesin berteknologi tinggi serta kemudahan ICT yang terkini mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang kondusif dan paradigma baru dalam penyampaian ilmu pengetahuan.

Perubahan dan anjakan baru dalam pendidikan tinggi akan menghasilkan modal insan cemerlang dengan mentaliti kelas pertama. Modal insan yang mempunyai kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah menjadi pilihan utama para majikan. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar, kurikulum pengajian diperkukuhkan dengan matapelajaran seperti keusahawanan, pemikiran kreatif dan kemahiran berkomunikasi. Aktiviti kerohanian dan jati diri juga diwajibkan kepada semua pelajar sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan akademik. Ini akan memudahkan graduan UTeM mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

 

PROGRAM MOBILITI PELAJAR DI UTeM

Bagi anda yang berniat untuk merasai pengalaman belajar di universiti asing di luar negara, UTeM menawarkan peluang kepada pelajar-pelajar program Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani satu (1) semester penuh pengajaran di beberapa universiti/IPT dalam atau luar negara yang terpilih di bawah Program Mobiliti Pelajar dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh UTeM. Melalui program mobiliti berkredit, tempoh pengajian dan kredit mata pelajaran yang telah lulus boleh dikira sebagai memenuhi syarat dan keperluan kursus pengajian di UTeM disamping pelajar dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran di tempat yang lain. Di antara Universiti/IPT yang telah mengadakan kerjasama mobiliti pelajar dengan UTeM adalah:

 

  • TELECOM BRETAGNE, FRANCE
  • UNIVERSITAS DIAN NUSWONTORO (UDINUS), INDONESIA
  • HANNOVER UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCE, GERMANY
  • UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM), MALAYSIA
  • UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP), MALAYSIA
  • KUMOH NATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (KIT), KOREA SELATAN
  • INFORMATICS AND BUSINESS INSTITUTE (IBI), INDONESIA
  • INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG (ITB), INDONESIA
  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), MALAYSIA
  • INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER (ITS), INDONESIA
  • UNIVERSITAS SEBELAS MARET (UNS), INDONESIA
  • UNIVERSITAS INTERNASIONAL BATAM (UIB), INDONESIA
  • MARMARA UNIVERSITY, ISTANBUL TURKEY
  • GEBZE TECHNICAL UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
  • YILDIZ TECHNICAL UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
  • ISTANBUL AYDIN UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY

 

Selain daripada itu, UTeM juga telah menghantar dan menerima pelajar mengikuti Program Mobiliti Pelajar Tanpa Kredit ke/dari beberapa buah universiti seperti:

 

  • INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER (ITS), INDONESIA
  • KUMOH NATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (KIT), KOREA SELATAN
  • TELECOM BRETAGNE, FRANCE
  • UNIVERSITAS ATMAJAYA YOGYAKARTA, INDONESIA
  • TUKOSHIMA UNIVERSITY, JEPUN
  • ISTANBUL AYDIN UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
  • UNIVERSITI FENG CHIA, TAIWAN
  • UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA
  • KOOKMIN UNIVERSITY, KOREA SELATAN
  • UNIVERSITAS DIAN NUSWONTORO (UDINUS), INDONESIA
  • AL-ZAEIM AL AZHARI UNIVERSITY (AAU)

 

image

 

Jadi, sekiranya anda diterima masuk ke UTeM kelak, tentunya anda mempunyai peluang untuk mengikuti program mobiliti ini, misalnya ke Jepun seterusnya merasai pengalaman teknologi kejuruteraan di sana. Seronok bukan?.

 

FAKULTI UTeM

UTeM mempunyai 3 kampus iaitu di Durian Tunggal, Ayer Keroh dan Kampus bandar. Berikut dikongsikan kepada anda senarai fakulti yang beroperasi di bawah 3 kampus tersebut. Mungkin kelak, jika anda diterima masuk ke UTeM, anda sudah tahu dimanakah kampus tempat anda akan melanjutkan pengajian.

 

Kampus Induk, Durian Tunggal

  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
  • Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK)
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP)
  • Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK)

 

Kampus Teknologi, Ayer Keroh

  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK)

 

Kampus Bandar Melaka

  • Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT)
  • Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK)

 

06-UTeM

 

KEMASUKAN PELAJAR

  • Kemasukan bagi program Diploma adalah terbuka kepada lulusan SPM/ Aliran Sains/ Teknik/ Sastera mengikut bidang pengajian atau kelulusan setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu sesi Jun setiap tahun.
  • Kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda dibuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi/ Asasi dan Diploma (termasuk lepasan Diploma Kemahiran Malaysia [DKM] untuk program Teknologi Kejuruteraan sahaja) yang berkaitan daripada UA/Politeknik atau setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu sesi September setiap tahun.

TEMPOH PENGAJIAN BAGI PROGRAM DIPLOMA

Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma ialah minimum 6 semester (3 tahun) dan seandainya terdapat pelajar yang gagal dalam beberapa subjek dan memaksa mereka untuk menambah semester maka tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan adalah 10 semester (5 tahun) sahaja.

 

TEMPOH PENGAJIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Berikut turut dikongsikan tempoh pengajian mengikut program pengajian yang ditawarkan oleh UTeM untuk semakan anda. Mungkin perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda yang ingin menamatkan pengajian dengan kadar segera.

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

  • Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).

 

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

  • Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat ialah minimum 7 semester (3 1/2 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 11 semester (5 1/2 tahun).

 

Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

  • Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).

 

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

  • Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).

 

PELUANG KERJAYA YANG BOLEH DICEBURI SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN 

Kami tahu, ramai dalam kalangan anda memilih kursus pergajian berdasarkan kepada peluang kerjaya yang akan diperolehi setelah menamatkan pengajian kelak. Oleh itu kami kongsikan juga antara peluang kerjaya yang bakal diperolehi oleh anda mengikut fakulti pengajian.

 

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER (FKEKK)

Jurutera

  • Industri Telekomunikasi
  • Industri Elektronik
  • IndustriPertahanan
  • Industri Sekunder dan Servis
  • Industri Pembuatan Semiconduktor
  • IndustriAeroangkasa
  • IndustriAutomotif
  • IndustriPembinaan
  • Industri Pertanian dan Bioperubatan
  • Jurutera Produk & kawalan kualiti
  • Institusi Pengajian Teknikal
  • Sektor Pembangunan Perisian
  • Petrokimia, Gas dan Bahan Galian
  • Penyelidikan (R&D) dan Pengurusan Kejuruteraan
  • Pentadbir/Pengurus Rangkaian atau Jurutera Rangkaian
  • Pembangunan Sistem ICT
  • Pusat Penyelidikan dan Pembangunan
  • ?Kilang Pembuatan/Kilang Elektronik/Elektronik Konsumer dan Produk yang berkaitan dengan komputer
  • Usahawan
  • Jabatan Kerajaan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar
  • Jurutera Rekabentuk dan Penyelidikan,
  • Perundingan Kejuruteraan Elektronik & Komputer

 

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (FKE)

Jurutera

  • Firma Sistem Bekalan Elektrik
  • Elektrik (Penjanaan, Penghantaran, Pengagihan, Kawalan Pengurusan dan Penyelenggaraan)
  • Industri Pembuatan Komponen Elektrik
  • Firma Pemasangan
  • Penyelenggaraan dan Pendawaian Elektrik di Premis-Premis Industri Komersil
  • Industri Pembuatan Mesin-Mesin Elektrik dan Kawalan Pemacuan Motor Elektrik
  • Industri berasaskan Elektrik dan Elektronik
  • Industri pembuatan Semiconductor
  • Pembuatan barangan elektrik
  • Pembuatan tinggi dan komponen Voltan Rendah
  • Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui
  • Minyak dan Gas Industries
  • Syarikat Perundingan
  • Industri teknologi tinggi seperti industri aeroangkasa
  • Industri pembuatan Sistem Automasi
  • Firma Kejuruteraan Bioperubatan
  • Sektor Pembangunan Perisian
  • Penyelidikan dan pembangunan Sektor
  • Usahawan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar
  • Proses Pembuatan dan Jurutera,
  • Jurutera Rekabentuk dan Penyelidikan,
  • Perundingan Jurutera, Ujian
  • Jurutera Kualiti dan Sistem

 

engineer

 

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (FKM)

Jurutera

  • Rekabentuk dan pengeluaran Automotif dan Komponen
  • Industri pertahanan, penghasilan kuasa dan perlindungan alam sekitar
  • Marin dan Pengangkutan Laut
  • Industri Automasi, Kawalan dan Robotik
  • Industri Mesin Berat yang menggunakan sistem hidraulik dan pneumatik, dan Mesin Pengawalan Elektronik dan Digital
  • Industri Pertanian dan Pemakanan
  • Industri Bioteknologi dan Bioperubatan
  • Aeroangkasa
  • Penjanaan Tenaga & Alam Sekitar
  • Firma Perundingan Mekanikal dan Pembinaan
  • Penyenggaraan Mesin, Kilang dan Bangunan
  • Perladangan & Pengeluaran Produk Pemakanan
  • Petrokimia, Gas dan Bahan Galian
  • Penyelidikan (R&D) dan Pengurusan Kejuruteraan
  • Projek Pembinaan, Pembangunan dan Pengurusan
  • Perkhidmatan dan Jualan
  • Perkilangan dan Industri
  • Produk dan Teknikal
  • Rekabentuk dan Penyelidikan
  • Perundingandan Ujian
  • Kualiti dan Sistem
  • Usahawan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar

 

EG offshore-oil

 

FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (FKP)

Jurutera

  • Sektor Perkilangan
  • Sektor Perniagaan/Pemasaran
  • Pengurusan Projek
  • Reka Bentuk Barangan
  • Menguji Ketepatan dan Kualiti Produk
  • Mengubahsuai Produk
  • Penyeliaan Kilang/Premis
  • Usahawan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar

 

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (FTMK)

  • Jurutera Perisian
  • Juruanalisa Sistem
  • Juruanalisa/Pengaturacara Komputer
  • Pengurus Pangkalan Data
  • Pentadbir/Pengurus Sistem
  • Pentadbir/Pengurus Rangkaian atau Jurutera Rangkaian
  • Pembangunan Sistem Multimedia
  • Pereka Bentuk Web
  • Pengaturcara Internet
  • Pembangunan Infotainment/Edutainment
  • Pembangunan E-Perniagaan
  • Usahawan ICT/e-Perniagaan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar
  • Pentadbir Pangkalan Data
  • Perekabentuk Pangkalan Data
  • Pembangun Pangkalan Data
  • Pembangun Aplikasi Mudah Alih
  • Pengaturcara Web Pembangunan Permainan
  • Pegawai Sistem Maklumat
  • Perunding Pembangun Perisian
  • Ahli dalam Jaminan Kualiti Perisian
  • Penguji Perisian

 

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWANAN (FPTT)

  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Pemindahan Teknologi
  • Eksekutif Pembangunan Produk
  • Pengawal Pengeluaran
  • Pegawai Logistik
  • Pegawai Perolehan
  • Pegawai Pengurusan Projek
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Pegawai Jamin Mutu atau Piawai Kualiti
  • Pegawai di Perkhidmatan Awam
  • Usahawan
  • Eksekutif Pengurusan Sistem Maklumat
  • Perunding Pengurusan Teknologi
  • Badan Penasihat
  • Pendidik / Tenaga Pengajar
  • Penganalisa Perniagaan
  • Penganalisa Sistem
  • Pengurusan Sistem Maklumat
  • Pemasaran Teknologi
  • Pentadbir Perkhidmatan
  • Pengurus Sistem Operasi Teknikal
  • Pengurus Penyelidikan & Pembangunan
  • Pembangunan Perniagaan dan Jualan
  • Penyelidik Pemasaran
  • Agensi Komunikasi dan Acara
  • Pengurus Pemasaran dan Produk
  • Pemasaran Perdagangan
  • Pengurus Akaun
  • Pengurus Pembelian
  • Pengurus di Organisasi Berasaskan Teknologi
  • Pengurus di Institusi Kewangan
  • Jururunding

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK)

Teknologis Kejuruteraan :

  • Jurutera Bidang Operasi
  • Pelatih Pengurusan
  • Jurutera Kualiti (Sistem Tenaga)
  • Jurutera Perisian
  • Pengurus Aplikasi Tenaga
  • Jurutera Aplikasi
  • Pegawai Teknikal Kanan (Bersekutu)
  • Pengurus Loji Kuasa
  • Wakil Jualan
  • Jurutera Operasi Tenaga
  • Pengurus Projek
  • Bidang Telekomunikasi dan Pemproses Isyarat
  • Bidang Peranti Teknologi dan Perubatan
  • Bidang Aeroangkasa dan Avionik
  • Bidang Pengangkutan
  • BidangKomputer
  • Bidang Kuasa Industri dan Pengagihan
  • BidangOptoelektronik
  • Bidang Penyelidikan dan Pembangunan
  • Bidang Industri Automotif
  • Firma perkhidmatan dan penyelenggaraan HVAC
  • Industri Pembuatan
  • Firma Perundingan
  • Firma Kawalan dan Jaminan Kualiti serta Pengujian
  • Firma Perundingan
  • Bidang Kawalan Proses
  • Bidang Sistem Aeronautik
  • Bidang Pengujian Peralatan
  • Industri Pembuatan Peralatan Mesin
  • Industri Semikonduktor
  • Firma Perunding Rangkaian
  • Bidang Elektrikal dan Instrumentasi

 

Penolong-Jurutera-Gred-JA29

 

BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN DI UTeM

Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UTeM, antaranya ialah seperti berikut:

 

Agensi Kerajaan

  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Pinjaman Boleh Ubah Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Permodalan Nasional Berhad
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera
  • Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi Felda

 

Agensi Kerajaan Negeri

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  • Kesatuan Guru-Guru Melayu Kelantan
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Majlis Agama Islam Perak
  • Majlis Agama Islam Selangor
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
  • Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Pinjaman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
  • Yayasan Pahang
  • Yayasan Perak
  • Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Yayasan Selangor
  • Yayasan Terengganu
  • Yayasan Kelantan Darulnaim
  • Yayasan Wilayah Persekutuan
  • Yayasan Pelajaran Johor
  • Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman

 

Syarikat Korporat / Swasta

  • Bank Rakyat
  • Yayasan Bursa
  • Ken Foundation
  • Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad
  • Kouk Foundation Berhad
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Malaysian Community & Education Foundation
  • Methodist Education Foundation
  • Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Shell Malaysia
  • Yayasan Sime Darby
  • The Star Publication Malaysia Berhad
  • Yayasan Telekom Malaysia
  • Yayasan Tenaga Nasional Berhad
  • Yayasan Proton
  • Yayasan KLK
  • Yayasan Lee
  • Yayasan Tun Tan Cheng Lock
  • Yayasan FELCRA
  • Yayasan FELDA

 

 

PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 

Seperti mana yang dijanjikan, kami kongsikan senarai keseluruhan program pengajian  yang ditawarkan di UTeM dalam permohonan UPU yang akan dibuka pada 6 Februari kelak. Anda boleh klik  pautan di bawah mengikut kategori permohonan masing-masing.

 

MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM  tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018. Walau bagaimanapun, permohonan bagi pemohon lepasan SPM untuk kategori B di UTeM tidak ditawarkan pada sesi akademik kali ini.

 

 

  • Pemohon lepasan STAM (Tidak ditawarkan oleh UTeM)

 

Diharapkan dengan perkongsian ini membantu anda untuk membuat persediaan sebelum permohonan UPU dibuka kelak. Anda juga boleh memuat turun dan mencetak program serta kelayakan itu. Bagi perkongsian universiti awam yang seterusnya, nantikan dalam siri ke IV iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (Uniszaa).

Bagi yang terlepas, klik Siri I (UPSI), Siri II (UiTM). Kepada yang ingin mengetahui tip permohonan UPU dan puncanya gagal permohonan boleh klik di sini dan kepada yang ingin mengetahui mengenai pinjaman kewangan PTPTN untuk melanjutkan pengajian kelak, klik di sini. Semoga berjaya!.

 

Kredit: afterschool.my

 

Semoga perkongsian dari rakan anda ini bermanfaat buat anda semua.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET, dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET di www.rahsialulusmuet.com ;

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

Leave A Response

* Denotes Required Field