Pendaftaran MUET On Demand (MoD) tahun 2020 di Buka Sekarang!

MoD

Adakah anda pelajar Diploma, STPM, Matrikulasi dan Peringkat Asasi bercita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun ini tapi tidak berkesempatan untuk menduduki peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) pada sesi 1, 2 atau 3 seperti yang telah ditetapkan oleh MPM. Ada berita baik dan pilihan kedua buat anda. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ada menyediakan MUET on Demand (MoD) diluar waktu kalendar peperiksaan MUET. Tujuannya ialah supaya anda tidak terlepas untuk mendaftar pengajian Sarjana Muda tersebut.

Mesti anda bertanya, apa tu MUET on Demand (MoD)?

MoD3

Nah, saya terangkan buat anda. MUET on Demand (MoD) ini ditawarkan berikutan ramai pelajar yang tidak memiliki kelayakan MUET sehingga tidak layak membuat permohonan kemasukan ke universiti.  Sesi ujian MUET on Demand (MoD) ini dijalankan dalam 2 versi iaitu secara Computer Based Test (CBT) dan juga secara konventional (Paper Based Test) di pusat-pusat ujian tertentu.

computer base vs paper base

Oleh kerana peperiksaan secara CBT ini dilaksanakan bergantung kepada permintaan calon   dan bukan mengikut jadual muet seperti mana ujian MUET sedia ada yang dijalankan sebanyak 3 kali setahun, anda perlu membayar yuran yang lebih mahal dan tinggi berbanding yuran MUET sedia ada iaitu RM 250.00 dan peperiksaan hanya akan dijalankan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Eco SKY WPKL atau pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan kelak.

MoD2

Jika sebelum ni, calon-calon MUET terpaksa menunggu sehingga 2 bulan lebih selepas tarikh peperiksaan, namun jika anda calon MoD anda boleh memperolehi keputusan peperiksaan seawal 3 minggu selepas menduduki peperiksaan. Best bukan! Tak payah tunggu lama …

Jom saya kongsikan lagi apa persamaan dan perbezaan diantara MUET on Demand (MoD) dan MUET ni.. Nak tahu teruskan membaca.

Jadual MoD

MUET CBT

  • MUET On Demand akan diadakan jika mendapat permintaan daripada pemohon
  • Peperiksaan dijalankan menggunakan aplikasi komputer
  • Yuran peperiksaan berjumlah RM250
  • Hanya diadakan peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Eco Sky WPKL
  • Keputusan diperoleh lebih awal iaitu 3 minggu selepas peperiksaan anda habis
  • Pendaftaran di pautan ini

MoD Register

 

MUET

  • MUET ini diadakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November
  • Peperiksaan menggunakan kertas dan pensil
  • Yuran peperiksaan berjumlah RM100
  • Diadakan di pusat-pusat yang berdaftar seperti Universiti dan Sekolah
  • Keputusan diperoleh kira-kira 2 bulan selepas peperiksaan anda habis
  • Pendaftaran di pautan ini

 

.

Nak daftar MoD online tapi tak tahu? Meh saya tunjukkan..

  1. Buka aplikasi pendaftaran MoD. Klik pautan ini
  2. Pilih jenis MoD exam yang anda minat samada Computer Based Test (CBT) atau Paper Based Test
  3. Isikan maklumat calon yang dikehendaki
  4. Seterusnya buat pembayaran samada secara Online Banking atau Kad Kredit

.

Dilampirkan kalendar MoD 2020

MOD 31 Mac 2020Semoga sedikit info dan perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar Diploma, STPM, Matrikulasi dan Peringkat Asasi khususnya merancana hala tuju pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun ini. All the best!

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

Leave A Response

* Denotes Required Field