Cari Kerja Menggunakan Tiket STPM? Apa Risiko Yang Bakal Anda Hadapi.

form-6

Kepada pelajar yang akan mendaftar ke tingkatan 6 esok dan lusa, mungkin slide ini boleh dijadikan panduan untuk tidak main-main di tingkatan 6, dengan menduduki STPM sebagai tiket untuk dapat kerja; Sebaliknya sasarkan untuk terus ke ijazah sarjana muda.

Ada juga yang marah mengatakan saya melemahkan dan boleh mematahkan semangat pelajar untuk ke tingkatan 6. Namun inilah hakikat sebenar yang setiap pelajar mesti tahu kalau masih ada yang memikirkan untuk ke tingkatan 6 dengan harapan untuk menggunakan kelayakan tersebut untuk mendapat pekerjaan – gajinya lebih rendah dari pemegang diploma walaupun pada gred yang sama di sektor awam (kerajaan).

Jika di tahun 60an atau 70an mungkin sehingga awal 80an ini mungkin benar, dan mungkin jugalah pandangan mereka yang berada di zaman itu memberikan nasihat berdasarkan masa itu. Namun sekarang keadaan sangat berbeza. Majikan mempunyai persepsi yang sangat berbeza kerana tugasan dalam pekerjaan pun kini sangat berbeza selain ada ramai lepasan diploma dari berbagai bidang kelayakan yang boleh mengisi keperluan organisasi atau syarikat berbandi lepasan STPM.
Jika anda memilih untuk ke tingkatan 6, fokuskan matlamat yang tiada lain selain daripada untuk ke ijazah sarjana muda
  1. kenalpasti dari awal nak sambung pengajian ke Ijazah sarjana muda apa di universiti mana
  2. ketahui apa syarat untuk ke ijazah tersebut
    • berapa PNGK
    • gred apa di dalam mata pelajaran mana
    • syarat pencapaian SPM (jika ada)
    • MUET
  3. Untuk tentukan pakej mata pelajaran apa yang perlu diambil di dalam pengajian tingkatan 6 yang mengandungi mata pelajaran yang ada dalam syarat atau mata pelajaran yang pelajar boleh score (jika tidak ada syarat mata pelajaran tertentu dan hanya ada syarat PNGK)serta jika perlu mengulang untuk selesaikan ‘hutang’ pencapaian di peringkat SPM dan MUET ambil awal-awal jangan sampai jadi seperti ada lepasan STPM & diploma 2019 yang tak sempat ambil atau mengulang MUET untuk layak memohon bagi kemasukan ke ijazah sarjana muda september 2020 nanti

Lihatlah contoh perbandingan gaji berdasarkan kelayakan

Gaji STPM
1. Jawatan sama S27 tetapi gaji lepasan STPM/STAM lebih rendah berbanding diploma
2. Dengan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) untuk jawatan S41 bezanya lebih RM750 lebih tinggi berbanding jawatan S27 dengan kelayakan STPM/STAM

Jangan sia-siakan lagi peluang anda ke tingkatan 6 sebagaimana anda mungkin telah mensia-siakan peluang semasa di tingkatan 5 untuk menduduki SPM dulu

Kredit : FB Halatuju Pendidikan Selepas SPM

.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET, dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET di www.rahsialulusmuet.com ;

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

share-the-knowledge

 

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

Leave A Response

* Denotes Required Field