Cara Memohon Kad Debit Pelajar KAD1SM 2017

kad-diskaun-siswa-rahsia-lulus-muet1

Seperti yang diketahui umum bahawa dalam Bajet 2017 Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia(KAD1SM Debit) telah menggantikan baucer buku 1 Malaysia mulai tahun 2017. Sehubungan itu, pelajar tidak akan lagi menggunakan baucer buku untuk mengelakkan sebarang penipuan daripada pihak ketiga.

Jadi bagaimanakah cara untuk memohon kad debit pelajar KAD1SM 2017 ini?

 

Untuk pengetahuan kepada pelajar IPTA dan IPTS, anda boleh mendapatkan kad debit pelajar KAD1SM dengan memohon secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2017 ini. Diingatkan, pelajar akan menerima KAD1SM bernilai RM250 sahaja.

Cara Daftar Kad Debit Pelajar KAD1SM 2017 Online

Berikut adalah dikongsikan cara permohonan online KAD1SM Debit di Bank Rakyat :

1. Sila klik dan daftar pada pautan yang disediakan dibawah

2. Isikan segala maklumat peribadi anda dengan lengkap pada ketiga-tiga bahagian. Selepas mengisi, baca syarat-syarat dan tanda semua kotak tersebut.

3. Selesai mendaftar, anda hanya perlu menunggu email dari Bank Rakyat yang akan memaklumkan mengenai pengambilan KAD1SM tersebut di cawangan berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila pastikan dokumen berikut tersedia semasa hadir ke cawangan pilihan anda untuk pengambilan KAD1SM Debit.

Umur di bawah 18 tahun :

  • MyKad ( Asal & 1 Salinan )
  • Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )
  • Surat kebenaran daripada ibu bapa
  • 1 Salinan MyKad ibu / bapa / penjaga
  • Sijil kelahiran ( Asal & 1 Salinan )

Umur 18 tahun dan ke atas

  • MyKad ( Asal & 1 Salinan )
  • Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut, sila layari ke laman web bank rakyat ini : www.irakyat.com.my

 

Kredit: infopelajar2u.com

 

Semoga perkongsian dari rakan anda ini bermanfaat buat anda semua.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET, dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET di www.rahsialulusmuet.com ;

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

Leave A Response

* Denotes Required Field