Cara Beli Pin MUET Exam Mac 2017- Bank BSN

pin-muet-mar-2017

Cara Beli Pin MUET Exam. Tahniah! kerana anda sudah bersedia untuk mengambil exam MUET. Tetapi sebelum anda mendaftar peperiksaan MUET pada sesi Mac 2017 ni, anda perlu mendapatkan Nombor ID Unik atau Nombor Pin daripada mana-mana kaunter BSN, ATM atau melalui SMS. Kemudian masukkan Nombor ID Unik ini apabila anda mengisi Permohonan Online untuk pemohonan Exam MUET Mac 2017 ini.

Terdapat 3 cara yang anda boleh gunakan untuk beli Pin MUET Exam ni iaitu :

  1. Kaunter BSN
  2. ATM
  3. SMS

 

Berapakah yang perlu saya bayar ya untuk mendapatkan Pin MUET ini?

Jumlah yang perlu setiap calon muet bayar ialah sebanyak RM101.06. Dibawah adalah pecahan pengiraannya;

  • Yuran Pendaftaran = RM40.00
  • Yuran Mata Pelajaran = RM60.00
  • Charge Pengurusan BSN =RM1.00
  • Government Service Tax (GST) = RM.0.06

 

Cara Beli Pin MUET Exam melalui Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan iaitu sebanyak RM101.06.

Langkah-langkahnya;

  1. Pergi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) .  Tak perlu ada akaun bank.  Perlu ada nombor Kad Pengenalan.
  2.  Minta borang pada pekerja di bank berkenaan.
  3. Isi borang.
  4. Ambil nombor giliran.
  5. Bayar.

Dibawah, adalah contoh bagaimana anda perlu mengisi borang untuk beli Pin MUET Exam

borang-bsn-rahsia-lulus-muet

Dan selepas anda membuat pembayaran untuk Pin MUET Exam, anda akan menerima slip copy berserta Nombor ID Unik atau Nombor Pin. Dibawah, saya tunjukkan contoh bagaimana bentuk Nombor ID Unik atau Nombor Pin MUET Exam

no-unik-id-bsn-upu

Untuk membeli  Nombor Unik ID UPU di ATM dan SMS Banking ,  perlu memiliki akaun/ kad BSN

 

Cara Beli Pin MUET Exam melalui ATM Mesin BSN

Langkah-langkahnya;

  1. Masukkan Nombor PIN
  2.  Pilih Urusan “Beli PIN”

    atm1

  3. Pilih Jenis Permohonan.Contohnya Permohonan IPTA

    atm3

  4. Pilih Jenis Program IPTA : Contoh Lepasan “SPM”

    atm2

  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar/My Kad
    “YA” untuk meneruskan urusan “TIDAK” untuk memasukkan semula no kad pengenalan jika salah
  6. Semak Maklumat Pembelian Nombor PIN UPU
    “SETUJU” untuk meneruskan urusan “BATAL” untuk membatalkan urusan.
  7. Resit Dicetak, Urusan Selesai. Contoh Resit:

    atm4

 

Cara Beli Pin MUET Exam melalui SMS

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Langkah-langkahnya Untuk mendaftar di ATM atau CDM

1. Pilih Bahasa

sms1

2. Masukkan NO. PIN

sms2

3. Pilih Urusan Lain

sms3

4. Pilih Perbankan SMS

sms4

5. Pilih Pendaftaran

sms5

6. Masukkan No Telefon Bimbit

sms6

7. Urusan Telah Berjaya

sms7

Slip dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC9.  
SMS pendaftaran berjaya akan diterima (6 digit M-PIN + 2 digit UAC)

Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

sms8

 

Semoga cara-cara membuat pembelian Pin MUET Mac 2017 bermanfaat buat anda semua.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET, dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET di www.rahsialulusmuet.com ;

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

share-the-knowledge

 

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

1 Comment

  • mimi shukri

    Reply Reply

    Yg guna sms tu boleh ke klau guna kad atm bank lain slain dri bsn??

Leave A Response

* Denotes Required Field