Borang Pendaftaran MUET Mac 2017 Online – Calon Persendirian

pendaftaran-muet-mac-2017

Borang Pendaftaran MUET Mac 2017 sudah dibuka. Pendaftaran calon persendirian individu boleh dibuat secara online dengan mengisi borang pendaftaran MUET 2017 melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau di http://online.mpm.edu.my .

Calon persendirian individu yang ingin mengisi borang pendaftaran MUET Mac 2017 dikehendaki mendapatkan maklumat tentang pendaftaran MUET Mac 2017 melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu yang terpapar pada ikon calon persendirian individu dalam http://online.mpm.edu.my dan juga Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon 2017 untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.

kalendar-peperiksaan-muet-2017-mac

Dibawah ini dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran MUET Mac 2017

  1. Bagi calon yang baru pertama kali mendaftar MUET Mac 2017, calon perlu mendaftar sebagai Pengguna MESP terlebih dahulu. Sila klik ikon Daftar Pengguna pada portal dan isikan maklumat ringkas yang diperlukan berserta katalaluan. Calon yang berjaya mendaftar Pengguna MESP tidak bermakna telah berjaya mendaftar MUET. Calon perlu log masuk sistem pendaftaran kembali menggunakan kata laluan yang telah ditetapkan tersebut dan meneruskan pendaftaran.
  2. Bagi calon pendaftaran MUET Mac 2017 yang pernah mendaftar MUET sebelum ini, sila log masuk menggunakan Pengguna ID dan kata laluan yang telah ditetapkan semasa pendaftaran yang lalu. Sekiranya calon lupa katalaluan tersebut, sila klik pada butang Lupa Kataluan atau boleh menghubungi MPM.
  3. Calon MUET Mac 2017 boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara online tetapi ketetapan adalah tertakluk kepada SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu (pendaftaran MUET Mac 2017) ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.
  4. Calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun),  anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/ pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan juga mendaftar secara online tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan mestilah dipohon

Dikongsikan juga kapada anda, Aliran Pendaftaran Secara Online dibawah;

aliran-pendaftaran-online-rahsia-lulus-muet

Semoga cara-cara membuat pendaftaran MUET Mac 2017 bermanfaat buat anda semua.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET, dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET di www.rahsialulusmuet.com ;

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

share-the-knowledge

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

Leave A Response

* Denotes Required Field