BERITA: Setiap Mahasiswa Wajib Lulus MUET

Setiap mahasiswa di universiti tempatan wajib lulus Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya band 3, sebagai syarat untuk mereka menamatkan pengajian masing-masing. Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata bagaimanapun penetapan itu bergantung kepada kursus tertentu yang memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang lebih tinggi seperti kursus undang-undang.

rahsia lulus muet

“Kita (kementerian) memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini untuk tentukan syarat kelulusan di IPT termasuk syarat kelulusan MUET,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Saifuddin, seorang pelajar boleh menduduki peperiksaan MUET sejak mereka menjejakkan kaki ke IPT dan berpeluang mengambilnya beberapa kali bagi memenuhi syarat lulus yang ditetapkan.

“Jadi, tidak ada masalah yang menyebabkan (mereka tidak memenuhi syarat lulus peperiksaan itu),” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata bukan menjadi kewajipan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk ‘play the ranking game’ tetapi pelbagai usaha sedang dilaksanakan sekurang-kurangnya untuk mencapai kedudukan terbaik dalam senarai universiti di dunia.

“Ada universiti memang betul-betul ambil bahagian dalam ranking seperti Universiti Malaya tetapi ada juga universiti penyelidikan yang tidak mengambil bahagian dalam ranking. Tetapi menggunakan pendekatan lain untuk meningkatkan taraf mereka,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian 21 Nov 2012
http://www.sinarharian.com.my/nasional/saifuddin-setiap-mahasiswa-wajib-lulus-muet-1.105855?localLinksEnabled=false

Diharap perkongsianini memberi manfaat buat anda .. :)

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..

rahsialulusmuet.com

 

 

About The Author

Admin

Lebih PADAT, Lebih TEPAT & Lebih EFEKTIF. Rahsia Lulus MUET membantu GRADUAN mendapatkan keputusan CEMERLANG dan memiliki BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET. Hubungi: 0182741558 (Shamsul) Email : rahsialulusmuet@gmail.com .

Leave A Response

* Denotes Required Field